Dah berbulan jugak bela Kitty dan barangkali Kitty akan dibuang hujung bulan ni! Paling teruk, mungkin Isnin minggu hadapan! Aku sedih, dah banyak air mata aku buang, dah banyak peluh aku mengalir, itu semua atas usaha aku menjaga Kitty seeloknya. Tolonglah, aku bukan nak lawan cakap mama dengan abah, cuma cubalah sedar siapa Kitty pada aku, adik beradik ada dekat rumah dalam 3 bulan, berapa kali je, sekarang ni je lah diaorang ada, selama diaorang takda, Kitty lah yang teman aku, yang buat aku sentiasa happy. Dia kucing, bukannya ada akal fikiran, dia tak tahu mana benar, mana salah, semua kesilapan yang dia lakukan, pasti ada sebab. Aku membesar tanpa kasih sayang adik beradik, siapalah yang nak teman aku lagi lepas ni? Mama dengan abah baru balik kerja, larat ke layan aku? Saat itulah Kitty diperlukan, sebab sedikit sebanyak ada jugak 'orang' yang setia menemani, habis tu, lepas ni, apa pulak?
balik sekolah, takde siapa yang sambut
bila stress, nak main dengan siapa
nak lepak dengan siapa
nak bergurau dengan siapa
diaorang maybe rasa benda ni hal kecik, tapi aku tak!
selama diaorang busy, aku yang jaga dia, bagi dia makan, bersihkan dia,
ya, memang korang pernah buat, tapi setakat 3,4 hari?
Aku dah berbulan, tambah lagi 3 kali dalam sehari
sebelum ni, setiap hari aku diluangkan samada aku nak atau tak nak, dengan Kitty
sekarang korang cakap aku nak menangis sebab hal remeh ni?
Dia peneman aku, haiwan peliharaan aku
di saat korang tiada untuk melayani aku!
Aku tak salah kan mama dan abah, along, ila dan iya tapi Kitty dah macam ahli keluarga aku, kalau korang tak larat nak jaga dia, dah, aku tak paksa, sebab aku dah biasa buang tahi dia, kena cakar gigit, kena tempias dia, tapi aku bahagia sebab dia sekurangnya dapat menemani aku, cukuplah, sekarang apa yang ada?
Hantar kat pasar? KALAU ITU KEPUTUSAN KORANG, AKU TAK MEMBANTAH, SEBAB AKU TAK ADA HAK! CUMA FAHAMI PERASAAN AKU, KITTY DAH MACAM AHLI KELUARGA AKU, MESKIPUN BAGI KORANG DIA HANYA HAIWAN PELIHARAAN

