It's All About Me

My photo
full name nurul nazirah binti omar, berumur 14 tahun, sekolah di SMK Bandar Putra with classmates aku, befday pada tanggal 4 disember 1998

Wednesday, 14 March 2012

Perpisahan dalam Kebahagiaan

Seperti yang anda tahu, lirik lagu Syahir 'Kebahagiaan dalam Perpisahan' ke 'Perpisahan dalam Kebahagiaan', ahh!!! Tak kesahlah, lantak apa aku!

Biar aku ceritakan tentang penderitaan seorang budak yang hampir trauma, biasalah manusia, orang kata apa, tak sah kalau tak berlakunya perpisahan, pergaduhan, betul tak? Kalau berkahwin boleh pisah, bayangkan kalau baru bertunang, kalau dah kata tak ada jodoh, maknanya tak ada jodoh! Kalau dah bukan rezeki kau kahwin dengan orang ni, maknanya bukanlah!

Apa-apapun, kisah ni terjadi kira-kira pada tahun 2007/2008 gitu...Dia masa tu baru darjah 4, agak kecil untuk terima tekanan daripada pergaduhan yang berlaku antara parent dia, lainlah kalau dah form4, form5 gitu! Ara (nama samaran) dan keluarganya hidup dalam bahagia, tanpa ada cacat-cela dalam kebahagiaannya. Hinggalah satu hari, mak Ara terbaca satu mesej berkisarkan percurangan bapa Ara, mesejnya lebih kurang begini :

'Sayang, awak sibuk ke? Jom jumpa' (Ayat ini sudah diolah)

Dan, pada masa itulah retakan berlaku di rumah tangga itu, berlakunya pergaduhan yang hampir berminggu-minggu, budak ini sangatlah takut sekiranya ibu bapanya berpisah sehinggalah dia sering menangis seorang diri di bilik, dan bila tibanya masa makan, matanya akan sentiasa kemerahan setelah penat menangis

Kesan ini juga melibatkan adek-beradek Ara yang lain, akak dan abangnya
Tapi, apa lah yang mampu anak seperti mereka mampu lakukan
Hasil daripada pergaduhan ini, keputusan peperiksaan Ara jatuh menjunam setelah sering mendapat tempat kedua dan ketiga dlam peperiksaan akhir tahun, dan mak Aralah yang berjaya menyedarkan bapa Ara supaya insaf dan menyesal supaya berubah demi Ara

Dipendekkan cerita, pergaduhan 3 tahun yang berlaku selangseli ini memberi kesan yang dalam dalah hidup Ara, meskipun parentnya baru bergaduh sedikit, Ara kini mudah mengalirkan air mata, meskipun hanya terfikir tentang mereka dan pengalaman yang pahit itu!

Kesimpulannya, Ara dapat mengawal perasaan nya walaupun ditimpa dugaan yang berkali-kali. Parentnya juga insaf atas kesalahan mereka dan adek- beradek Ara dapat mengeratkan silahturahim, Ara kini seorang murid sekolah menengah yang akan menghadapi PMR, moga-moga hidupnya aman bahagia, AMIN!!

* CERITA INI SUDAH DIOLAH SEDIKIT SEBANYAK, BAGI CIK/ENCIK YANG MEMBACA POST INI, UNTUK MAKLUMAN CIK/ENCIK, POST INI TIDAK BOLEH DIDEDAHKAN PADA LAMAN WEB LAIN SEPERTI FACEBOOK, MYSPACE, TWITTER, FRIENDSTER, HI5 ATAU APA JUA LAMAN YANG WUJUD. CERITA INI TELAH DISIARKAN DENGAN KEBENARAN ARA (NAMA SAMARAN)

No comments:

Post a Comment